Toyota Curren
Toyota Curren (T200) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota |
Pengeluaran | Januari 1994 – Julai 1998 (42,000 unit)[1] |
Pemasangan | Jepun: Tahara, Aichi [1] |
Pendahulu | Toyota Corona Coupé (T160) |
Kelas | Sport kompak |
Gaya badan | Coupe 2 pintu |
Reka letak | FF |
Enjin | |
Penghantaran | |
Jarak roda | 2,535 mm (99.8 in) |
Panjang | 4,490 mm (176.8 in) |
Lebar | 1,750 mm (68.9 in) |
Tinggi | 1,310 mm (51.6 in) |
Berat Kerb | 1,110–1,210 kg (2,447–2,668 lb) |
Berkait | Toyota Celica T200 |
Toyota Curren (Bahasa Jepun: トヨタ・カレン , Toyota Karen) ialah sebuah coupé kompak sukan yang dibina oleh Toyota dari tahun 1994 sehingga tahun 1998. Casis Toyota Curren adalah berasaskan casis Celica Siri T200. Bahagian dalaman dan bahagian belakang kereta mempunyai reka bentuk yang sama seperti model Celica coupé. Berbanding Celica yang mempunyai empat lampu hadapan bulat, ia mempunyai lampu hadapan yang berbentuk segi empat tepat bagi menampakkan ciri-ciri lampu halogen traditional. Pengubahsuaian badan Celica membolehkan Toyota menjual model Curren di kedai Toyota Vista Store kerana model Celica dijual secara eksklusif di kedai Corolla Store. Model Curren secara langsung menggantikan Corona Coupé siri T160, yang dijual secara eksklusif di kedai Toyopet Store.
Nama "Curren" berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris "current" yang bermaksud arus.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pandangan belakang (pra-facelift)
-
Pandangan belakang (facelift)
-
Dalaman
-
Enjin 3S-FE dalam Curren XS 1996
- ^ a b "75 Years of TOYOTA | General Status of Plants in Japan | Tahara Plant". Toyota. 2012. Dicapai pada 3 April 2021.